Siri Pixel 9 baharu kini dikuasakan oleh cip Google Tensor G4 dengan keupayaan AI yang dipertingkatkan. Ianya melangkaui imaginasi anda. Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL menampilkan reka bentuk yang anggun, paparan yang lebih cerah dan kamera yang dinaik taraf. Pixel Studio, penjana imej pertama seumpamanya, membolehkan pengguna menghidupkan idea mereka, manakala Tangkapan Skrin Pixel membantu menyusun dan mengingat maklumat penting. Aplikasi Cuaca Pixel menyediakan ramalan yang tepat dan laporan cuaca yang dijana oleh AI. Ciri kamera yang dipertingkatkan, panggilan yang lebih jelas dan ciri Nota Panggilan baharu menjadikan siri Pixel 9 telefon pintar yang berkuasa dan mesra pengguna.
Telefon Pixel 9 baharu membawakan anda yang terbaik daripada Google AI
- Reka bentuk anggun dengan ketahanan yang lebih baik dan pilihan paparan yang lebih besar.
- Dikuasakan oleh cip Google Tensor G4 baharu untuk prestasi yang dipertingkatkan dan keupayaan AI.
- Gemini Live menawarkan perbualan semula jadi dan intuitif dengan Gemini.
- Pixel Studio membolehkan pengguna menjana imej dari awal menggunakan gesaan teks.
- Tangkapan Skrin Pixel membantu menyusun dan mengingat maklumat penting daripada tangkapan skrin.
Reka Bentuk Anggun Yang Selesa Di Tangan Anda
Telefon Pixel 9 mempunyai rupa baharu yang lebih tinggi yang meletakkan kamera di hadapan dan tengah dengan evolusi bar kamera ikonik. Reka bentuk yang diukir adalah menakjubkan — dan juga terasa selesa di tangan anda. Ia juga menampilkan kemasan yang lebih baik, dengan bahagian belakang kaca matte seperti sutera dan sisi logam yang digilap untuk rasa premium yang jelas. Selain itu, telefon ini dua kali lebih tahan lama berbanding Pixel 8.
Buat pertama kalinya, model Pro datang dalam dua saiz berbeza: Pixel 9 Pro (6.3”) dan Pixel 9 Pro XL (6.8”).
Kedua-duanya mempunyai paparan Super Actua yang terbaik dan paling terang, dan kamera hadapan 42 MP baharu supaya anda mendapat swafoto yang lebih tajam dan terang dalam cahaya malap. Selain daripada saiz paparan, kelajuan pengecasan dan kuasa, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL berkongsi semua spesifikasi dan ciri yang sama.
Dengan paparan Actua 6.3 inci, Pixel 9 adalah 35% lebih cerah daripada Pixel 8 dan telah dinilai sebagai paparan terbaik dalam kelasnya. Bagi kamera, anda mendapat kamera utama dan ultralebar yang sama seperti Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL. Itu adalah peningkatan besar untuk lensa ultralebar, daripada 12MP pada Pixel 8 kepada 48MP pada Pixel 9. Dan kamera hadapan kini mempunyai autofokus untuk swafoto yang lebih tajam. Selain itu, Pixel 9 mempunyai hayat bateri lebih kurang 20% lebih lama semasa penggunaan aktif dengan skrin dihidupkan jika dibandingkan dengan Pixel 8.
Selain itu, semua telefon Pixel 9 menjadi lebih baik dari semasa ke semasa — setiap telefon dilengkapi dengan OS selama tujuh tahun, Pixel Drops dan kemas kini keselamatan.
AI Dikuasakan Oleh Google Tensor G4
Telefon Pixel 9 kini dikuasakan oleh silikon terbaharu Google: Tensor G4. Ia adalah cip Google yang paling cekap dan telah direka untuk menambah baik tugasan seharian anda, seperti membuka aplikasi dengan lebih cepat atau melayari web.
Tensor G4 telah direka bentuk dengan Google DeepMind dan dioptimumkan untuk menjalankan model AI Google yang paling maju. Ia akan menjadi pemproses pertama yang menjalankan Gemini Nano dengan Multimodality — yang membantu telefon anda memahami teks, imej dan audio.
Untuk memastikan pengalaman dikuasakan AI pada peranti anda berjalan lancar, Google telah meningkatkan memori pada keseluruhan keluarga Pixel 9, dengan 12GB RAM untuk Pixel 9 dan 16GB untuk Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL.7
Gemini Live Membantu Anda Mendapatkan Jawapan Yang Anda Perlukan
Di Google I/O, Google telah mengumumkan cara baharu untuk berinteraksi dengan Gemini secara lebih semula jadi: Gemini Live, yang akan tersedia kepada semua pelanggan Gemini Advanced. Itu termasuk pemilik Pixel 9 Pro, Pixel 9 Pro XL dan Pixel 9 Pro Fold, yang kesemuanya akan mendapat Gemini Advanced selama setahun dengan pembelian mereka.
Gemini Live membolehkan anda mengadakan perbualan yang lancar dengan Gemini — terus dari telefon atau Pixel Buds anda. Oleh itu, sama ada anda cuba merancang parti yang menyeronokkan, memerlukan bantuan memikirkan pembaikan rumah, atau mahukan bantuan untuk idea hadiah harijadi , Gemini Live akan menawarkan tahap bantuan baharu dengan cara yang lebih intuitif dan semula jadi.
Pixel Studio Kanvas Untuk Kreativiti Anda
Pixel Studio ialah penjana imej pertama seumpamanya. Jadi kini anda boleh menghidupkan semua idea dari awal, terus pada telefon anda — ia adalah kanvas kreatif yang sebenar.
Ia dikuasakan dengan menggabungkan model resapan pada peranti yang dijalankan pada Tensor G4 dan model teks-ke-imej Imagen 3 Google dalam Cloud. Dengan UI yang dioptimumkan untuk gesaan yang mudah, perubahan gaya dan pengeditan, anda boleh membawa idea anda dengan cepat ke perbualan dengan rakan dan keluarga.
Aplikasi Cuaca Yang Lebih Baik
Salah satu perkara yang paling biasa dilakukan oleh orang ramai pada telefon ialah menyemak cuaca, jadi Google telah menggunakan AI untuk menjadikan pengalaman itu lebih membantu dan menggembirakan. Aplikasi Pixel Weather direka dengan cantik dengan ramalan cuaca yang sangat tepat. Dan Gemini Nano akan menjana laporan cuaca AI ysng sesuai untuk memberi anda gambaran tentang cuaca hari itu.
Peningkatan Kamera Untuk Foto Dan Video Menakjubkan
Pixel 9 kini tampil dengan prestasi kamera yang lebih cemerlang dan pengimejan yang direka bentuk semula, foto dan video anda akan dapat menangkap gambar dunia di sekeliling anda dengan lebih tepat. Google juga telah menambahkan ciri AI untuk membantu anda menyempurnakan tangkapan — daripada mendapatkan semua orang dalam foto kumpulan hinggalah merakam video yang di zoom dekat.