Arsenal menghasilkan permainan mantap untuk meraih kemenangan 1-0 dalam derby utara London ketika rekod buruk Tottenham di bawah Ange Postecoglou berterusan. Dalam permainan dengan beberapa peluang yang jelas, tandukan Gabriel dari sepakan sudut Bukayo Saka memberika Arsenal kemenangan bermakna ke atas musuh tradisi mereka Tottenham. Kemenangan bermakna itu membolehkan Arsenal menduduki tempat kedua dalam Liga Perdana. Skuad kendalian Mikel Arteta seterusnya akan berdepan pasukan teratas meja Manchester City pada minggu hadapan.
Gabriel menanduk masuk gol kemenangan yang tidak ternilai pada separuh masa kedua . Pemain pertahanan Brazil itu dibiarkan bebas untuk melepaskan tandukan dari sudut sayap kanan Bukayo Saka pada minit ke-64 ketika skuad kendalian Mikel Arteta sekali lagi mempamerkan kualiti mereka di set piece.
Kemenangan tersebut menunjukkan persembahan berdaya tahan, tersusun daripada The Gunners, yang bertahan dan mengancam pada serangan balas, menggagalkan Spurs secara berterusan. Kemenangan Arsenal itu dicapai dengan ketiadaan pemain tengah utama Declan Rice dan perancang utama Martin Odegaard. Sementara Spurs menduduki tempat ke-13 dengan hanya mengutip empat mata daripada empat perlawanan pembukaan liga utama mereka.
Seterusnya, Spurs akan bertandang ke Coventry dalam Piala Liga pada malam Rabu sebelum melayan Brentford dalam Liga Perdana pada hari Sabtu.
Arsenal akan bertandang ke Atalanta dalam Liga Juara-Juara UEFA pada hari Khamis dan kemudian melawat juara Liga Perdana, Manchester City dalam pertembungan genting Ahad depan.
Ringkasan Perlawanan
TOTTENHAM: Vicario , Porro , Van de Ven , Romero , Udogie , Bentancur (Pape Matar Sarr 68′), Maddison (T.Werner 80′) , Kulusevski , Johnson (Wilson Odobert 68′) , Son , Solanke
ARSENAL: Raya, White, Saliba , Gabriel , Timber, Partey , Jorginho , Havertz , Saka (E. Nwaneri 86′) , Trossard (G.Jesus 80′), Martinelli (R.Sterling 80′)
Gol: Gabriel (64′)